| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pegawai-Pegawai Penjara 'Philiphine Public Safety College Jail National Institute' Ke Penjara Kajang

4 November 2011,Kajang - Tanggal 25 Oktober 2011, Penjara Kajang telah menerima kunjungan dan lawatan dari pegawai-pegawai penjara ‘Philippine Public Safety College Jail National Institute’. Seramai 52 orang kakitangan yang diketuai oleh Jail Senior Superintendent Rocamora Dennis Uvas telah diberi penerangan dan taklimat berkenaan dengan sistem pengurusan penjara di Malaysia. Selain itu mereka juga telah dibawa melawat ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang bagi mendapat maklumat sebenar mengenai pengurusan penghuni penjara yang mencakupi Program Pembangunan Insan dan maklumat-maklumat yang berkaitan.



Semoga dengan adanya jalinan ukhwah diantara Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Filipina ini dapat diteruskan di masa mendatang agar ianya dapat dijadikan platform terbaik bagi mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.