| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat 'Capital Punishment' Sempena Hari Anti dadah Markas Kedua Belas Infantri Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia

4 November 2011,Kajang - Bersempena dengan Hari Anti Dadah Markas Kedua Belas Infantri Malaysia Kementerian Pertananan Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia yang diwakili oleh Penjara Kajang telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai 'Capital Punishment' ke atas pesalah dadah.  Program yang telah diadakan pada 1 November 2011 bertempat di Kem Wardieburn Setapak Kuala Lumpur, telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang staf-staf ATM pelbagai pangkat.



Brigader Jeneral Mohd Nazir b Mami, Panglima MARKAS Briged Kedua Belas Infantri Malaysia telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia kerana telah sudi menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan adanya kerjasama sebegini dapat mengeratkan hubungan ukhwah di anatara Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.