| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Jabatan Penjara Malaysia - Bersatu Menjayakan Transformasi

2011 merupakan tahun ke 162, Jabatan Penjara Malaysia menyambut Hari Penjara. Tanggal 3 November 2011, sambutan penuh istiadat diadakan di Maktab Penjara Malaysia berlandaskan tema "Bersatu Menjayakan Transformasi". Dengan kehadiran YB. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop Timbalan Menteri Dalam Negeri yang merasmikan majlis, ianya disaksikan oleh hampir 600 warga penjara pelbagai pangkat serta hampir 100 jemputan daripada jabatan lain dan juga badan-badan NGOs.


Kesinambungan daripada pendekatan Jabatan Penjara dalam memupuk kesedaran masyarakat untuk bekerjasama mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara, maka tema "Bersatu Menjayakan Transformasi" ini dipilih bagi menzahirkan pada masyarakat di luar bahawa pegawai dan kakitangannya sentiasa bersatu hati dalam memacu momentum transformasi jabatan dan kerajaan. 


Dalam ucapan khas oleh Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, telah mengingatkan kepada seluruh warga kerja jabatan penjara agar sentiasa menerokai ilmu pengetahuan yang lebih luas, berinovatif, berdaya tahan, berkeyakinan serta melipat gandakan usaha ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan.


Majlis diserikan lagi dengan penyempurnaan penyampaian Pingat Bakti Setia dan juga sijil-sijil penghargaan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada individu dan agensi yang telah diberi pengiktirafan atas kesetiaan dan kecemerlangan juga kerjasama yang diberikan kepada jabatan. Selain daripada itu, YB. Datuk Wira Timbalan Menteri Dalam Negeri juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Kualiti Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2011.


Di selangi dengan persembahan Transformasi Jabatan Penjara Malaysia dan persembahan Unit K9, terdapat dua aturcara yang amat bermakna kepada Jabatan Penjara telah diadakan iaitu acara penyerahan Mesin Methadone oleh  Pusat Perubatan Universiti Malaya  dan juga acara menandatangani MOA dengan Universiti Utara Malaysia. Acara lain yang diadakan sempena sambutan kali ini adalah pemeriksaan kesihatan, kempen menderma darah dan forum berkaitan kepenjaraan yang diadakan di Dewan Kompleks Penjara Kajang.


 

 

Selamat Menyambut Hari Jabatan Penjara Malaysia kepada seluruh warga jabatan dan "Bersatu Menjayakan Transformasi".