| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Klinik Kemahiran Menembak Ipsc Penjara Sabah Dan Latihan Menembak Bersama Angkatan Tentera Malaysia Briged Sabah

7-11 November 2011 , Ibu Pejabat Penjara Sabah dengan kerjasama Maktab Penjara Malaysia dan PULAPEN Sabah Malaysia telah mengadakan Klinik kemahiran menembak IPSC. Seramai 25 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Sepanjang Klinik ini peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas IPSC dan juga teknik-teknik pegendalian senjata secara profesional. Pada akhir klinik ini berlansung satu latihan bersama dengan pasukan penembak IPSC Angkatan Tentera Malayisa, Briged Sabah telah diadakan di lapang sasar Kem Lok Kawi Sabah. Turut hadir dalam latihan tersebut ialah Panglima 5 Briged,  Brig Jen Dato' Abdul Halim bin Hj Jalal ,  Pengarah Penjara Negeri Sabah YS PKK Suria B. HJ Idris dan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu PKP Abdul Halim b. Ma-Hassan.