| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Penjara Simpang Rengam, Johor 2011

Sambutan Hari Penjara  2011 telah dimulakan dengan Ceramah Integriti dan Pengurusan Rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 November 2011.  Pada 8 November 2011 telah diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Surau Ar-Raudah Penjara Simpang Rengam.

 

Pada 9 November, 2011 Sambutan Hari Penjara diteruskan dengan perhimpunan kakitangan. Pada majlis tersebut Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor telah membaca perutusan Ketua Pengarah Penjara diikuti dengan majlis penganugerahan pingat,  sijil  dan penyampaian Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara kepada 171 kakitangan. 

 

Pemeriksaan kesihatan dan pergigian untuk kakitangan juga dijalankan setelah selesai majlis perhimpunan kakitangan.  Pada sebelah petang sambutan Hari Penjara diteruskan dengan acara sukaneka dan pertandingan gubahan dan masakan disertai oleh kakitangan dan keluarga.

 

Pada 10 November, 2011 Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor, TKPj Ab Basir b. Mohamad bersama-sama 15 kakitangan pelbagai pangkat telah melakukan lawatan ke rumah 2 orang  pesara iaitu Kpl 3611 dan Sjn 5801 di Segamat, Johor.