1 Disember 2011, Regency Rajah Court, Kuching, satu Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan bagi mengenang jasa Encik Jong Nam Huat @ Jong Kuet Kiong dan Koperal Penjara Teresa Roler anak Nojeb yang akan bersara wajib pada tahun ini. Manakala Cik Amie Doris anak Dorin akan bertukar tempat tugas ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 dan akan mengajar di SK Padawan, Kuching. Encik Jong Nam Huat telah berkhidmat selama 34 tahun bermula pada 23 September 1977 dan Koperal Teresa Roler anak Nojeb telah berkhidmat selama 37 tahun bermula pada 2 Januari 1974 di Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut Mantan Pengarah Penjara Negeri Sarawak Y.Bhg. Dato Haji Abang Talhata bin Haji Abang Hazemi serta isteri, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, PKP Abdul Razak bin Darus dan Pengarah Parol Negeri Sarawak, PP Walace anak Nawon. Turut dijemput sama ahli ExPOAM Negeri Sarawak. Majlis diserikan dengan Kumpulan Band Beret Hijau, Penjara Puncak Borneo Kuching dan penyampaian hadiah kepada kakitangan yang baru menerima cahaya mata dan mendirikan rumahtangga.
|