Pada 06 Disember 2011, Penjara Wanita Kajang ada menerima lawatan dari pegawai yang berpangkat Jusa C seramai 12 orang pegawai dari pelbagai Jabatan yang sedang mengikuti kursus di Institut Tadbiran Negara (INTAN), Bukit Kiara. Tujuan lawatan ini adalah merupakan program Lawatan Kebajikan yang diiring bersama oleh KPj Wan Abdul Rahman Bin Abdullah dan KPj Jamaludin Bin Saad. Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKP Raha Binti Jawahir dan Ketua Seksyen Rawatan IPPM, PKK Zainah Binti Haji Pardi menyambut ketibaan lawatan ini dan bersama-sama mengiringi pelawat.
|