Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan Jabatan Penjara Malaysia 2010 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di Tasik Rekreasi MARDI Kluang, Johor yang dikelolakan oleh Penjara Kluang. Program perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 16 hingga 18 Julai 2010. Sebanyak 7 buah sekolah di bawah seliaan 6 buah institusi penjara yang melibatkan penyertaan seramai 210 orang ahli kadet dan 14 guru pengiring telah mengambil bahagian di dalam perkhemahan ini. Di antara pengisian program acara tahunan adalah pertandingan kawat kaki, rentas halangan pertandingan karaoke lagu patriotik, motivasi diri dan Rakan Cop.
Majlis perasmian penutupan perkhemahan tahunan ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg KPj Dato' Hj Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan). Antara tetamu yang hadir ialah TKPj Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Kepenjaraan, Tn Hj Kamarudin Bin Mohd Tahir, Pegawai Pelajaran Kluang mewakili Pengarah Pelajaran Johor Ketua-ketua Institusi Penjara dan Parol Negeri dan lain-lain tetamu jemputan.
|