Pada 17 Julai 2010 ( Sabtu ) yang lalu, satu rombongan Putra Medan yang terdiri dari kira-kira 100 belia dari Persatuan GALAS ( Gabungan Anak Lapis Simis ) anjuran Pemuda UMNO Cawangan Parit Sulong, Batu Pahat telah singgah di Pusat Pemulihan Akhlak Muar sebagai salah satu destinasi persinggahan bagi program tersebut. Objektif utama program tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada belia untuk menjana jati diri menjadi belia bebas dari dadah dan jenayah. Sehubungan itu, peluang singgah di Pusat Pemulihan Akhlak Muar memberi gambaran kasar tentang kesan perlakuan jenayah dan penyalahgunaan dan segala aktiviti yang berkaitan dengan dadah. |