| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

19 Julai (Isnin) , Kompleks Penjara Seberang Perai telah diaudit bagi tujuan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti ( QE ) 5S oleh pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC) yang diwakili oleh En. Hisyam Hatimtai Pegawai Perunding Kanan MPC Wilayah Utara. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Komisoner Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai. Hasil pengauditan dilakukan ke atas setiap zon bermula Zon Ibnu Sina, Zon Al-Farabi, Zon Al-Razi dan terakhir sekali Zon Al-Kawarizmi secara keseluruhannya pihak MPC telah berpuashati dan mengesyorkan Penjara Seberang Perai telah memenuhi kriteria dan layak untuk merima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti ( QE ) 5S. Pengarah Penjara Seberang Perai mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersama-sama untuk mendapatkan pengiktirafan ini dan diharapkan akan terus meningkatkan produktiviti dan prestasi kakitangan Penjara serta menjadikan 5S sebagai amalan dalam menjalankan tugas harian.