| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S TTP Kamunting,Taiping

26 Julai (Isnin) , Tempat Tahanan Perlindungan telah diaudit bagi tujuan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti ( QE ) 5S oleh pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC) yang diwakili oleh En. Muhammad Suffian Bin Ahmad Pegawai Perunding Kanan MPC Wilayah Utara. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Penolong Komisoner Penjara Ramli Bin Osman,Pengarah, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping. Hasil pengauditan dilakukan ke atas zon pentadbiran ( zon 1), secara keseluruhannya pihak MPC telah berpuashati dan mengesyorkan Tempat Tahanan Perlindungan telah memenuhi kriteria dan layak untuk menerima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti ( QE ) 5S. Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersama-sama untuk mendapatkan pengiktirafan ini, beliau juga berharap agar semua kakitangan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja serta menjadikan 5S sebagai amalan dalam menjalankan tugas harian.