| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkuali (QE) 5S Penjara Sungai Petani, Kedah

Pada 22 Julai 2010 (Khamis) Penjara Sungai Petani telah diaudit bagi tujuan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S oleh pihak Malaysian Productiviti Corporation (MPC) yang diwakili oleh Cik Khalidatul Asrin binti Abd. Aziz. Pegawai Perunding Kanan MPC Wilayah Utara. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Penolong Komisoner Penjara Shukri bin Saad, Pengarah, Penjara Sungai Petani, Kedah. Pengauditan telah dilakukan di 5 Zon iaitu Zon Mawar, Zon Anggerik, Zon Teratai, Zon Kenanga dan Zon Cempaka.

Secara keseluruhannya pihak MPC telah berpuashati dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pihak MPC juga mengesyorkan untuk menerima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S. Pengarah, Penjara Sungai Petani, Kedah mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersama-sama untuk mendapatkan pengiktirafan ini, beliau juga berharap agar semua kakitangan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja serta menjadikan 5S sebagai amalan dalam menjalankan tugas harian.