Program Intervensi Kaunseling Kesihatan anjuran Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 27 Julai 2010 dari jam 1100 pagi hingga 1.00 tengahari di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Norhanizah Binti Arshad, Pakar Perunding Kesihatan Keluarga dari Pusat Kesihatan Parit Jawa, Muar. Turut serta 3 orang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) Putrajaya yang diketuai oleh En. Sulaiman B. Hj. Yusop, Cik Murni dan En. Zulmajdi. Seramai 106 penghuni terlibat di dalam program ini. Di akhir program penghuni berjaya memperolehi input yang bermanfaat berhubung pelbagai tips-tips tentang penjagaan kesihatan yang berguna melalui info kesihatan berkaitan penjagaan diri seharian dan penjelasan tentang skala diet seimbang . |