Marang, 29 Julai 2010 - Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan Jabatan Penjara Malaysia Zon Timur 2010 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Kuala Berang yang telah dikelolakan oleh Penjara Marang, Terengganu. Program perkhemahan tahunan pada kali ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 26 hingga 29 Julai 2010. Sebanyak 5 buah sekolah di bawah seliaan 3 buah institusi penjara dengan penyertaan seramai 129 orang Ahli Kadet Koreksional dan 12 orang guru pengiring telah mengambil bahagian di dalam perkhemahan ini. Di antara pengisian program adalah latihan kawat kaki, rentas halangan, flying fox, abseling, junggle tracking, berkayak, ceramah kepenjaraan dan motivasi serta diterapkan juga program sahsiah diri iaitu kuliah magrib dan kuliah subuh. Majlis perasmian penutupan perkhemahan tahunan ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Yasuhimi bin Yusoff, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah PKP Hamzani bin Che Berahim Pengarah Penjara Marang, manakala tetamu yang hadir ialah Tn. Hj. Osman bin Ismail mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, TPP Vijayan Krishnan mewakili Pengarah Kepenjaraan IPPM, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Berang, Ketua Polis, Pegawai Daerah, Pegawai Bomba, Pegawai AADK, Pegawai JPAM Daerah Kuala Berang , Ketua-ketua Institusi Penjara dan Parol Negeri serta lain-lain tetamu jemputan. Senarai sekolah dan institusi penyelaras yang mengambil bahagian:-
|