Sg. Udang, 29 Julai ? Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan ke Penjara Sungai Udang bertujuan meninjau keperluan perjawatan sebenar di penjara yang baru beroperasi. Rombongan Jabatan Perkhidmatan Awam diketuai oleh Y. Bhg. Datuk Ab. Khalil Ab. Hamid TKPPA (P), JPA, manakala rombongan daripada Kementerian Dalam Negeri diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Nor Ashikin bt Hj Md Salim SUB (KW). Ketibaan rombongan disambut oleh Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. Dato? Haji Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian, IPPM serta Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Pembentangan permohonan perjawatan Penjara Sg. Udang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato? Haji Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) disusuli dengan Permohonan Pengukuhan Perjawatan IPPM. Sebelum itu, rombongan turut diberi taklimat ringkas berkaitan pembinaan dan pembangunan Penjara Sungai Udang oleh PKP Nik Mohamed Faidza bin Nik Jaafar, Pengarah Penjara Sg. Udang. Pegawai-pegawai daripada JPA dan KDN turut dibawa melawat ke dalam kawasan penjara meliputi tempat penginapan, dewan makan, hospital dan kawasan rekreasi banduan. Lawatan diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata selepas para tetamu selesai menikmati jamuan tengahari. Berikut adalah senarai penuh pegawai daripada JPA dan KDN yang mengikuti lawatan tersebut:
|