| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Kerja Kedutaan Besar Republik Indonesia Bertemu Dengan Tahanan Indonesia

16 Julai 2010, Jumaat jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Mini Bahagian Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang, Johor, Pentadbiran Penjara Kluang telah menerima kunjungan kerja seramai 9 orang pegawai daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk bertemu dengan tahanan Indonesia. Kunjungan kerja ini adalah merupakan program rangka kerja lawatan ke seluruh institusi Penjara Malaysia sempena memperingati Hari Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 2010. Seramai 50 orang banduan dan 20 orang banduanita dari Penjara Kluang telah terlibat dalam sesi taklimat dan pertemuan ini.