Program ekspedisi Berakit Sungai Perak anjuran MAKSAK Malaysia dikelolakan oleh MAKSAK Perak dijalankan pada 28 julai 2010 hingga 31 julai 2010 telah disertai oleh 10 pegawai dan kakitangan IPPM bagi mewakili MAKSAK Penjara. Ekspedisi berakit menyusuri Sungai Perak sepanjang 92km bermula dari Kuala Kangsar dan berakhir di Pasir Salak telah disertai oleh seramai 107 pegawai dan kakitangan awam dari pelbagai jabatan. Program 4 hari 3 malam telah memberi banyak kesan dan penghayatan untuk menempuhi cabaran, dapat menerapkan semangat kerjasama, memupuk keyakinan diri dan semangat kecekalan. Program ini juga dirancang supaya penjawat awam yang mengikutinya dapat lebih bermotivasi dalam membina keyakinan, kekuatan dan semangat jatidiri yang jitu. Tahniah dan syabas kepada 10 peserta yang telah berjaya mengikuti program ini. |