| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2010

Pada 24-25 Julai 2010 telah berlangsung Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2010 yang dikelola oleh Penjara Reman Johor Bahru bertempat di Dewan Millennium Taman Ungku Tun Aminah Johor Bahru yang telah disertai oleh 18 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita . Kejohanan ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia ( MSPM ) yang bertujuan untuk mencungkil bakat serta pemilihan pemain bagi mewakili Jabatan Penjara Malaysia dalam pertandingan futsal yang akan dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan telah disempurnakan oleh TKPj Jamaludin bin Saad Pengarah Penjara Simpang Renggam mewakili Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Bagi kategori lelaki, Pasukan Johor 'C' yang diwakili oleh Penjara Reman Johor Bahru telah menjadi johan, naib johan Pasukan Terengganu, tempat ketiga bersama adalah Pasukan Selangor 'B' dan Pasukan Kedah 'B' sementara bagi kategori wanita, Pasukan Melaka telah menjadi johan, Pasukan Sarawak naib johan, tempat ketiga bersama adalah Pasukan Johor 'A' dan Pasukan Selangor 'C'. Dalam pertandingan tersebut juga telah dibuat pemilihan:-

Pemain Terbaik
Lelaki - Hafizi bin Bujang Idris ( Pasukan Johor 'C' )
Wanita - Mazuin binti Mohd. Bashah ( Pasukan Melaka )
Penjaring Terbanyak
Lelaki - Azwafi bin Hasan ( Pasukan Terengganu )
Wanita - Tapanormazliaton binti Tahir ( Pasukan Melaka )
Pemain Senior
Lelaki - Mohd. Shamsudin bin Yusof ( Pasukan Terengganu )
Wanita - Asiah binti Mahmud ( Pasukan Selangor 'C')
Piala 'Fair Play'
Lelaki-Pasukan Terengganu
Wanita-Pasukan Sarawak