| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Mahkamah Syariah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang Ke Kompleks Penjara Seberang Perai

Pada 02 Ogos 2010 jam 2.00 petang, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima kunjungan hormat daripada Mahkamah Rendah Syariah yang di ketuai oleh Y.A.A Dato? Hj Yusof bin Musa, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang bersama Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah serta Pegawai-pegawai Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Taklimat pengenalan penjara Seberang Perai disampikan oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Kompleks Penjara Seberang Perai. Manakala Timbalan Penguasa Masran bin Muhamad dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, bahagian keselamatan dijemput untuk memberikan taklimat ?Kaedah Hukuman Sebat Rotan Mengikut Syarak?.

Antara objektif lawatan ialah mengeratkan hubungan kerja dan sillaturrahim di antara Kompleks Penjara Seberang Perai dan Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang berorientasikan undang-undang syariah.