3 Ogos 2010 (Selasa) Penjara Simpang Rengam, Johor telah diaudit bagi tujuan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S oleh pihak Malaysian Productiviti Corporation (MPC), Johor yang diwakili oleh Eamizan b. Hashim Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Penguasa Penjara Tey Hock Soon, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras 5S Penjara Simpang Rengam, Johor. Pengauditan telah dilakukan di 8 Zon iaitu Zon Proaktif, Zon Intergriti, Zon Kondusif, Zon Drastik, Zon Komited, Zon Kreatif, Zon Inovasi dan Zon Proaktif. Pihak MPC telah memperakui Amalan 5S dilaksanakan di Penjara Simpang Rengam dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pihak MPC juga mengesyorkan untuk menerima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S. Pengarah, Penjara Simpang Rengam mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersama-sama untuk mendapatkan pengiktirafan ini, beliau juga berharap agar semua kakitangan dapat terus mengamalkan dan meningkatkan pelaksanaan 5S produktiviti dan prestasi kerja serta menjadikan 5S sebagai amalan dalam menjalankan tugas harian. |