04 Ogos 2010-Penjara Marang, Terengganu telah diisytiharkan sebagai Naib Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu Kali Ke 22 Tahun 2010 bagi Kategori Teknikal yang telah diadakan pada 02-03 Ogos 2010 di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu . Kejayaan ini adalah hasil daripada kerja berpasukan yang mantap di antara Ahli Kumpulan PRIMA BESTARI. Kumpulan PRIMA BESTARI juga telah di Nobatkan Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Zon Utara Tahun 2010 yang telah diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak pada 10-11 Mei 2010. Pada tahun ini tajuk yang telah dipertandingkan adalah ? Pembaziran Besi Lebihan Di Bengkel Vokasional ? di mana dalam mengeluarkan produk utama di Bengkel Besi ampaian, rak kasut dan rak pinggan di dapati terdapat besi lebihan daripada produk utama berkenaan yang tidak digunakan dan merupakan satu pembaziran yang tidak selari dengan hasrat Bahagian Vokasional dan Industri IPPM. Sehubungan itu, Ahli Kumpulan KIK Penjara Marang telah berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut dan hasil daripada percambahan fikiran maka terciptalah AMBT ( Alat Memungut Bola Tenis ). Dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Terengganu sebanyak 17 Jabatan Kerajaan telah mengambil bahagian manakala Barisan Juri pada kali ini adalah terdiri daripada : 1. Puan Tooty binti Jamaluddin (Perunding Bebas) 2. En. Tuan Hj. Mohd Razali bin Salleh ( Jab. Agama Negeri Terengganu ) 3. Y. Bhg. Dato? Sapie bin Yaacob ( Perunding Bebas ) Kumpulan PRIMA BESTARI telah dianggotai oleh pegawai-pegawai yang terdiri daripada; Fasilitator : KIP Roslan bin Jusoh Ketua Kumpulan : KIP Yusri bin Ab. Kadir Ahli Kumpulan : -Insp. Hanafi bin Ibrahim -Wdr. Azlan bin Salleh -Wdr. Md. Zulaili bin Taib -Wdr. Mohd Jasni bin Mustari -Wdr. Badjuri bin Awang @ Abd. Rashid -Wdr. Tg. Mohd Elnojuri bin Tg. Bidin -Wdr. Ezhar bin Mukhtar -En. Mohd Kamal bin Yaacob ( J 22 ) -En. Hashim bin Mohamad ( J 17 ) TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan PRIMA BESTARI agar terus cemerlang dan dapat meningkatkan lagi kejayaan pada masa-masa yang akan datang. |