Mulai pada 2 hingga 6 Ogos 2010, Maktab Penjara Malaysia telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi penganjuran Kursus Talon Mint Sesi 1/2010. Kursus ini yang dahulunya dikenali sebagai Bakermint adalah khusus berhubung tentang informasi serta trend penyeludupan dadah masa kini. Peserta kursus adalah terdiri daripada (25) orang pegawai dari Antidadah Kebangsaan Malaysia, (8) orang pegawai dari Kastam DiRaja Malaysia dan (8) orang pegawai pemulihan dari Jabatan Penjara Malaysia di bawah bimbingan jurulatih dan penceramah dari Drug Enforcement Adiministration, Amerika Syarikat dan US Air Force. Peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik asas siasatan, risikan, latihan fizikal disamping taktik penyeludupan. Kursus ini amat bermanfaat khususnya kepada anggota penguatkuasa dalam melaksanakan tugas seharian. |