Majlis Perasmian Galeri Produk Penjara Zon Utara telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 5 Ogos 2010 di Galeri Produk Penjara Alor Setar. Penubuhan galeri produk penjara mengikut zon ini secara tidak langsung memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan pelbagai produk yang dikumpulkan di satu tempat. Selain galeri, promosi penggunaan jalur lebar dan perkhidmatan telekomunikasi seperti kiriman E-SMS, e-mail dan portal Jabatan serta kerjasama Pos Malaysia telah digunakan untuk mempromosikan produk penjara.Turut hadir di majlis tersebut ialah TKPj Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Vokasional dan Industri, Ketua-Ketua Institusi Zon Utara, Ketua ? Ketua Jabatan Daerah Kota Setar ,Parol Negeri dan Daerah, pesara-pesara, dan wakil-wakil media. |