8 Ogos 2010 ( Ahad), Kompleks Penjara Seberang Perai amat berbesar hati menerima kunjungan kerja Y.Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Ketibaan Y.Bhg.KJP Datuk Wira disambut oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai serta pegawai kanan. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah PKK Hj Ahmad Fauzi bin Hj. Awang Pengarah Penjara Pokok Sena dan PKP Abdul Halim bin Ma Hassan, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. |