| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkuali (QE) 5S Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu

Pada 02 Ogos 2010 (Isnin) Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan telah di audit bagi tujuan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S oleh pihak Malaysian Productiviti Corporation (MPC) Zon Selatan yang diwakili oleh Encik Zul Ezwan Bin Muhamad. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Penolong Komisoner Penjara Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu dan taklimat pembukaan sistem 5S telah dikendalikan oleh TPP Raja Mohd Amazon Bin Raja Daud. Pengauditan telah dilakukan di 5 Zon iaitu Zon Alza, Zon Ezora, Zon Perdana, Zon Satria dan Zon Waja.

Secara keseluruhannya pihak MPC amat berpuashati dan mengesyorkan Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu layak diberi persijilan tanpa bersyarat. Pengarah, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersama-sama untuk mendapatkan pengiktirafan ini. Beliau juga berharap agar semua kakitangan mengamalkan konsep 'Kaizen' bagi memastikan tempat kerja sentiasa bersih, selamat dan memberi keselesaan kepada semua.