Machang –,Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi menjadi tuan rumah pada Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 6 bagi Tahun 2010 yang berlangsung pada 30 Julai hingga 01 Ogos 2010. Kejohanan yang telah disertai oleh 18 buah pasukan telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam,Kelantan. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara perseorangan lelaki terbuka, Perseorangan wanita, Bergu lelaki terbuka dan Acara Berpasukan. Apa yang menariknya, Kejohanan Ping Pong pada kali ini juga dipertandingkan acara bagi kategori VIP dimana turut disertai oleh Yang Berbahagia Datuk Wira, Pengarah-pengarah bahagian dan Ketua-ketua Institusi 1. Acara Perseorangan Wanita
Johan - Pn. Jamiha bt. Mat Ali (Perak ‘C’) 2. Acara Perseorangan Lelaki Terbuka
Johan - Mohd Salim b. Sajak ( N. Sembilan ) 3. Acara Bergu Lelaki Terbuka
Johan - Mohamad Mokhtar / Mohd. Azlan Abdul Latif (Selangor ‘B’) 4. Berpasukan
Johan - Selangor ‘C’
|