Pokok Sena: Pada 8 Ogos 2010 bertempat di Dataran Setia Penjara Pokok Sena, Kedah telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dihadiri oleh Y. Bhg. Dato? Dr. Abdul Aziz Bin Jamaluddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Hj Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah TKPj Wan Abdul Rahman Bin Abdullah,Pegarah Vokasional Dan Industri, Jabatan Penjara Malaysia, Dr. Mohd Termizi Bin Ghazali Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah, Ketua Institusi Penjara Zon Utara dan Kakitangan Jabatan Veterinar bagi Zon Utara. Dengan temeterainya perjanjian persefahaman ini, disasarkan Jabatan Penjara berupaya mempunyai sebanyak 400 ekor lembu dan 1000 ekor kambing menjelang 2012. Ini adalah selaras dengan fokus ke-4, Pelan Induk Jabatan Penjara Malaysia iaitu mengiatkan bidang penternakan berskala besar bagi memberi impak yang menyeluruh kepada pendapatan dan kemahiran penghuni disamping menjana hasil yang tinggi kepada Jabatan. Di majlis ini juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyumbangkan sebanyak 11 ekor lembu kepada Penjara Pokok Sena, Kedah. |