10hb Ogos 2010 ( Selasa ), Pentadbiran Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima kunjungan muhibbah pegawai-pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Nibong Tebal yang diketuai oleh Supritenden Shafien bin Mamat, Ketua Polis Daerah. PKK. Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai meluangkan masa menyambut rombongan dan mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh Inspektor Sahrulnizam . Objektif lawatan adalah bagi mengeratkan silaturrahim dan menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua jabatan. |