| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Motivasi Pelajar Sekolah Integriti Kluang Dengan Kerjasama Persatuan Pemulihan Banduan Johor (DPAS)

Selasa, 3 Ogos 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Tun Hussien Onn Sekolah Integriti Penjara Kluang, Johor telah berlangsung ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar Sekolah Integriti Kluang. Turut bersama ialah Pengerusi DPAS Johor , Tn Hj Meraj@Mohammad Bin Hj A Jalal beserta dua belas Jawatankuasa DPAS Johor yang lain. Seramai 50 orang banduan muda dan 20 orang banduan wanita terlibat dalam program ini. DPAS Johor juga telah menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Integriti Kluang sebagai tanda menyokong usaha pemulihan penghuni ke arah melahirkan insan yang produktif dan berdayasaing di masa hadapan.