3 Ogos 2010,Selasa: Penjara Sungai Petani telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Ko-Akademik Sekolah-sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia buat kali pertama. Antara kategori pertandingan yang dijalankan adalah sajak, pidato Bahasa Melayu, pidato Bahasa Inggeris dan pertandingan membaca bagi kumpulan 3M. Pertandingan ini telah disertai oleh Sekolah Hendry Gurney Telok Mas, Sekolah Integriti Kluang, Sekolah Integriti Marang, Sekolah Integriti Sungai Petani dan Sekolah Integriti Kajang. Seramai (39) penghuni telah menyertai pertandingan pada kali ini. Sekolah Integriti Sungai Petani telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila berjaya meraih tiga kejuaraan dalam acara Pidato Bahasa Inggeris, Pidato Bahasa Melayu dan membaca kumpulan 3M. Majlis penyampaian hadiah dan penutupan disempurnakan oleh Y.S Komisioner Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Operasi. Pertandingan Ko-Akademik adalah merupakan satu kesinambungan dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek serta mampu dan sanggup berubah ke arah yang lebih positif untuk memberi sumbangan kepada diri, keluarga dan negara . |