07 Ogos 2010-Penjara Kajang dengan kerjasama Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya telah mengadakan ceramah motivasi kepada penghuni Sekolah Integriti Kajang. Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada penghuni dan disampaikan oleh Y.Bhg Dato? Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan kepada hampir 200 orang penghuni. Program ini dirancang akan diadakan secara berkala mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Program ini diharap akan dapat membantu penghuni menginsafi kesalahan yang telah dilakukan dan berusaha menjadi warga masyarakat yang baik apabila dibebaskan kelak. |