21 Ogos 2010 (Sabtu), Y. Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia melawat ke Depo Tahanan Imigresen Juru. Ketibaan beliau disambut oleh Penguasa Penjara Sabu bin Hasan, Komandan Depo Tahanan Imigresen Juru. Lawatan kerja tersebut bagi meninjau operasi dan koordinasi pengurusan Depo tahanan di antara Jabatan Penjara bersama Imigresen serta Pasukan RELA. |