25 Ogos 2010, 9.00 pagi-Penjara Wanita Kajang telah menerima Lawatan dari PUSPANIT A Jakim yang telah diketuai oleh Y. Bhg. Datin Saadiah bt. Hj. Ahmad Rashdi, Pengerusi PUSPANITA Jakim dan 25 orang ahli. Rombongan telah di bawa melawat ke Blok C dan Blok Vokasional dan Industri. Pengisian lawatan pada pagi ini ialah sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustazah Hariati bt. Abu Kher, Penolong Pengarah Bahagian KESUMA Jakim dengan membawakan tajuk ? Ihya? Ramadhan. Lawatan berakhir pada jam 12.00 tengahari. |