| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Bersama KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar Di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Majlis berbuka puasa kakitangan Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah diadakan pada 26 Ogos 2010 ( Khamis ) bertempat di Perkarangan Surau Bilal Ibnu Rabbah ( Surau Kakitangan ). Majlis diserikan lagi dengan kehadiran KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Datin Wira Hajjah Noraini binti Man, Pengerusi PERSIAP.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 800 orang tetamu yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Penjara Zon Timur, persara - pesara Jabatan Penjara Malaysia, kakitangan dan ahli keluarga. Majlis ini juga turut di hadiri oleh pemimpin masyarakat setempat dan wakil jabatan kerajaan.

Majlis di mulakan dengan penyampaian zakat kepada anak -anak yatim yang dijemput khas dari Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah, Kota Bharu, Kelantan yang berjumlah seramai 58 orang .

Selepas majlis berbuka puasa, Y.Bhg. Datuk Wira dan Datin Wira serta kakitangan Penjara Pengkalan Chepa telah sama-sama menunaikan solat maghrib dan isyak serta terawih berjemaah di Surau Bilal Ibnu Rabbah.