28 Ogos 2010 jam 9.00 pagi: Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menerima lawatan Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan PKK Supri bin Hashim, Timbalan Pengarah Keselamatan. Kedatangan Y.Bhg. KJP Datuk Wira dan PKK Supri bin Hashim disambut oleh PKP Muhammad Zuki bin Muhamad Zain, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dan Semua Pegawai Kanan Institusi. Y.Bhg KJP Datuk Wira telah diberikan taklimat berkaitan kemajuan projek oleh kontraktor terlibat sewaktu tinjauan kawasan yang dibuat di blok akhir, projek pembinaan bengkel dua ( 2 ) tingkat serta projek Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan. |