| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Y. Bhg Komisioner Penjara Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon Ke Kompleks Penjara Kuching, Puncak Borneo

KUCHING, 30 Ogos 2010 :- Y.Bhg Komisioner Penjara Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Pengurusan telah meluangkan masa bersama kakitangan Penjara Negeri Sarawak dalam Majlis Dialog dan Ihya' Ramadhan sempena lawatan beliau ke Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak (IPPNS). Majlis diadakan bersempena Mesyuarat Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) yang turut dihadiri bersama Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia , Pengarah-Pengarah dan Ketua-ketua Unit Kewangan Institusi Penjara Sarawak.

Majlis Dialog telah dihadiri oleh seramai 150 kakitangan penjara yang diadakan bertempat di Auditorium Sri Sarawak IPPNS. Y.Bhg Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon telah menyampaikan wawasan Jabatan ke arah mencapai sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia. Y.Bhg Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon juga telah berkesempatan menghadiri Majlis Ihya' Ramadhan dan berbuka puasa bersama Kakitangan Penjara Sarawak di Surau As-Syafee, Kompleks Penjara Kuching, Puncak Borneo. Beliau diiringi oleh PKK Mohammad Zawawi b. Ab Rahim, Pengarah Penjara Sarawak, En. Ahmat Mat Zin Pengarah Pentadbiran dan Kewangan IPPM serta Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Sarawak dan Pengarah Parol Negeri. Di antara lain pengisian majlis tersebut adalah penyampaian sumbangan kepada pesara, penyampaian cenderahati peserta tadarus dan penyerahan sumbangan zakat dari penghuni penjara kepada Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak sambil disaksikan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato' dan jemputan-jemputan lain. Dengan adanya majlis sebegini, terbukti Jabatan Penjara tidak mengabaikan kebajikan penghuni mengenai kewajipan mereka sebagai seorang muslim walaupun sedang menjalani hukuman dipenjara.