| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 Di Stadium Putra Bukit Jalil

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 peringkat nasional meriah dan mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Stadium yang sering kali menjadi tumpuan acara sukan, pelbagai konsert hiburan dan acara pertandingan berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, pada hari Selasa bertukar wajah apabila dilimpahi dengan warna-warni semangat 1Malaysia.

Jabatan Penjara Malaysia diwakili oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj Zulkifli b. Omar yang hadir bersama isteri Datin Wira Hjh. Noraini Hj Man. Turut hadir dalam sambutan tersebut Y.S KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood bersama tiga puluh orang pegawai kanan penjara yang lain.

Bertemakan "1Malaysia Menjana Transformasi", sambutan Hari Kemerdekaan kali ini memuatkan pengisian agenda yang berbeza dari tahun-tahun lepas apabila tiada acara perbarisan dan perarakan. Bacaan ikrar oleh 53 orang terdiri daripada wakil pendidik, perkhidmatan awam, swasta, perbadanan bukan kerajaan, seni dan budaya serta orang kurang upaya dari pelbagai kaum, diketuai oleh Pegawai Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Gombak Mohd Faizullah Buyong termasuklah Jabatan Penjara Malaysia yang diwakili oleh TPP Nazarman b. Khaidzir dari Maktab Penjara Malaysia,

Sambutan yang berlangsung kira-kira 90 minit itu, berakhir kira-kira jam 09.45 pagi dengan keberangkatan pulang SPB Yang Di Pertuan Agong.