Pada 25 Ogos 2010 Penjara Sungai Petani telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah di Perkarangan Surau At-Taqwa Penjara Sungai Petani. Majlis ini dahadiri oleh semua kakitangan Penjara Sungai Petani yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Turut diundang bersama adalah pegawai penjara yang telah bersara di jemput untuk berbuka bersama Pengarah pada hari tersebut. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk bersama-sama menambahkan lagi tautan kasih dikalangan kakitangan, pesara dan juga Pengarah Penjara. |