| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa SUHAKAM Bersama Penghuni Muda Di Sekolah Integriti Kajang, Selangor

Kajang, 26 Ogos 2010-Majlis Berbuka Puasa SUHAKAM Bersama Penghuni Muda yang dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bersama-sama dengan warga kerja SUHAKAM telah diadakan di Dataran Permata, Sekolah Integriti Kajang. Lain-lain tetamu yang turut hadir adalah Y. Bhg. Prof. Dato' Khaw Lake Tee, En. James Nayagam dan Y. Bhg Prof Datuk Dr. Mahmood Zuhdi yang turut menyampaikan ceramah berhubung dengan Hak Asasi Manusia kepada para penghuni. Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri dan rombongan disambut oleh Y. Setia Komisioner Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan, Pengarah Penjara Kajang dan Timbalan Komisioner Hj. Darussalam b. Hj. Budin, Pengarah Pemulihan dan Rawatan, Jabatan Penjara Malaysia diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh para pelajar. Y. Bhg. Tan Sri turut menyampaikan sumbangan buku-buku agama, naskah tafsiran Al-Quran dan juadah 'Nasi Bariyani', minuman sejuk serta kuih muih untuk berbuka puasa.

Sebelum majlis berbuka puasa, Y. Bhg. Tan Sri juga sempat berbual mesra dengan para penghuni.