Program ceramah tersebut sempena bulan Ramadan bagi tahun 2010M/1431H ini telah dijalankan di Surau Al-Syakirin, Pusat Pemulihan Akhlak, Muar pada 26 Ogos 2010, pada jam 1730 hrs hingga 1900 hrs. Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim, Pegawai Hal Ehwal Islam, dari Kementerian Dalam Negeri ( KDN ), Putrajaya kepada tahanan Islam di Pusat ini. Objektif program ceramah tersebut adalah untuk menyampaikan pengertian Nuzul Al-Quran dan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa serta fadhilat-fadhilat di dalam bulan Ramadhan yang patut diketahui oleh setiap orang Islam. Di samping itu juga, sesi soal jawab diadakan berkaitan bab Puasa telah dikemukan oleh tahanan bagi menjawab kemuskilan seterusnya dapat memperbaiki mutu ibadah puasa bagi setiap tahanan di Pusat ini. |