| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia Ramadan Al-Mubarak 1431H / 2010M

Pada 22 Ramadan 1431H / 1 September 2010M (Rabu) Kelab Sukan & Kebajikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis ini berlangsung dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam bertempat di Surau Al-Falah IPPM.

Majlis diserikan dengan kehadiran KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, KPj Y.Setia Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, TKP (O), KPj Y.Bhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, TKP (P), Pengarah-pengarah Bahagian IPPM, Dif Jemputan dan kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta keluarga.

Majlis di mulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak ?istimewa? kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Selepas majlis berbuka puasa, Y.Bhg. Datuk Wira, Dif jemputan serta kakitangan IPPM telah sama-sama menunaikan solat maghrib dan isyak serta solat sunat terawih berjemaah di Surau Al-Falah IPPM. Majlis ini berakhir pada jam 10.00 malam.