02 September 2010-Majlis Berbuka Puasa, Tahlil Dan More Penjara Wanita Kajang 2010 telah berlangsung di Masjid Jabatan Penjara Malaysia pada 02 September 2010 dengan meraikan 50 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Al-Mahabah dan ibu-ibu tunggal dari Institusi ini. Majlis telah diserikan dengan kedatangan tetamu VIP Yg. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli b. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Yg. Bhg. Datin Wira Hajjah Noraini bt. Hj Man. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, KPj Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamad Adahan, Pengarah Penjara Kajang dan tetamu jemputan yang lain. Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Al-Mahabah dan seterusnya kepada ibu-ibu tunggal yang diraikan. Majlis selesai pada jam 10.00 malam. |