Laporan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor Majlis tersebut telah diadakan pada 10 September 2010 dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Gemilang, Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Semua kakitangan giliran awal dan semua tahanan PPA Muar bersama-sama meraikan majlis tersebut. Turut hadir dalam majlis pada pagi raya Timbalan Pengarah PPA Muar, TPP Hairol Hisham Bin Mohd Harith. Program Jalinan Kasih Hari Raya Aidilfitri Penjara Taiping Pada 11hb September 2010, Penjara Taiping telah mengadakan Program Jalinan Kasih bagi penghuni sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010. Program ini telah diadakan di kawasan Pintu Dalam dengan penglibatan seramai 10 keluarga penghuni. Sesi berakhir pada jam 12.00 tengahari turut dihadiri oleh seorang wartawan dan jurugambar dari Akhbar News Straits Times yang membuat liputan sempena program tersebut. Program Jalinan Kasih Penjara Sungai Petani Pada 1 September 2010, Penjara Sungai Petani telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Sambutan Hari raya Aidilfitri Tahun 2010. Program ini adalah program yang melibatkan kakitangan Penjara Sungai Petani yang tidak sihat dan menghidapi penyakit kronik. Sumbangan berupa bahan-bahan masak dan juga kain pelikat untuk di gunakan semasa menyambut Hari Raya yang bakal menjelang. Tuan Pengarah Sendiri yang turun ke rumah kakitangan bagi menyampaikan sumbangan tersebut sambil bertanyakan khabar kakitangan dan juga keluarga. Program Jalinan Kasih Perjumpaan Bersemuka Hari Raya aidilfitri 2010 Penjara Kluang Program Jalinan Kasih Perjumpaan Bersemuka Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2010 telah diadakan pada hari Isnin, 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 Hijrah bertempat di ruang legar Pintu Utama Penjara Kluang, Johor. Seramai 15 orang banduan dan 5 orang banduanita telah terlibat secara langsung dalam majlis tersebut. Program tersebut telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan kepada semua iaitu melahirkan rasa syukur dan insaf di atas segala kesilapan diri,menghargai tanggungjawab kepada keluarga dan menzahirkan sokongan dan penyataan masih ada yang sayang dan mengharapkan perubahan diri berlaku ke atas diri penghuni sempena bulan yang penuh keberkatan ini. Program Jalinan Kasih PPA Simpang Renggam, Johor 18 September 2010 (Sabtu)- PPA Simpang Renggam, Johor telah mengadakan satu program berkonsepkan raya kepada tahanan dan banduan yang beragama Islam iaitu Jalinan Kasih Aidilfitri 2010. Program tersebut telah diadakan di hadapan Pejabat Rekod Tahanan. Seramai 25 orang penghuni (11 orang tahanan POPOC (KAMJ), 10 orang tahanan ADB (LLPK) dan 4 orang banduan)yang terlibat pada hari tersebut telah dikunjungi oleh kaum keluarga yang terdiri daripada Ibubapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik. PP Azman b. Mohd Ali selaku Ketua Bahagian Pemulihan menyatakan, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penghuni dan ahli keluarga yang telah lama terpisah. Beliau juga berharap agar kesempatan ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin oleh penghuni dan ahli keluarga masing-masing. |