Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam dan 15 pegawai dari KDN telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara / PPA Simpang Renggam. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau perkembangan dan pengurusan orang tahanan di PPA Simpang Renggam. Turut bersama dalam lawatan kerja tersebut ialah , Ketua Pengarah Penjara Y. Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli b. Omar dan 4 pegawai kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia; Sesi taklimat disampaikan oleh Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor, TKPj Hj Abd Wahab b. Hj Kassim. Lawatan berakhir pada jam 2.30 petang. Y. Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam dan rombongan amat berpuashati dengan hasil lawatan dan meminta Pentadbiran PPA Simpang Renggam, Johor terus berusaha mengekalkan prestasi cemerlang pengurusan tahanan yang telah dilaksanakan sebagaimana menepati prosedur dan piawaian yang digariskan. |