Pada 24 September 2010 (Jumaat) Jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Serah Terima tugas Komandan Pusat latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak di antara PP. Abu Bakar bin Ismail kepada TPP. Nordin bin Hj. Jusoh dengan disaksikan oleh PKK Ab. Basir bin Mohamed, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis berlangsung di Bilik Anjung Melor, PULAPEN, PERAK. Majlis telah dimulakan dengan menandatangani dokumen Serah Terima Tugas dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Koperal 7970 Azman bin Abdul Hamid, Penolong Ketua Sekolah Sahsiah, PULAPEN. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah terdiri dari semua lapisan kakitangan PULAPEN Perak. |