| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesra Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia 2010

23 September 2010-Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan pada 14 Syawal 1431H bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Penjara, Kajang.

Majlis Aidilfitri ini diadakan bagi mewujudkan suasana kemesraan dan mengeratkan silaturahim. Suasana yang diadakan kelihatan meriah dan pelbagai hidangan juadah berkonsepkan menu hari raya dinikmati oleh para tetamu di majlis tersebut.

Jabatan amat berbesar hati menerima kunjungan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, dan YB Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri serta beberapa orang kenamaan dan para pegawai kanan daripada Kementerian Dalam Negeri termasuk media pada majlis tersebut.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Kombo Jabatan Penjara. Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia meraikan kehadiran para tetamu di majlis itu.