| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Transformasi Jabatan Penjara Melalui Kebajikan Anggota

Marang, 25 September 2010. Y.bhg Datuk Wira Zulkifli bin Omar dalam ucapan perasmian mesyuarat agong Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa Jabatan Penjara sangat memberi perhatian yang serius terhadap kebajikan setiap warga kerjanya. Menurut beliau terdapat berbagai saluran dalam jabatan termasuk melaui persatuan seperti Derma Kahairat Kebajikan, POA, PERSIAP dan lain-lain persatuan kebajikan ditubuhkan untuk melindungi kebajikan warga kerjanya. Sehubungan dengan itu setiap warga kerja jabatan ini diingatkan supaya bersikap proaktif dengan segera menjadi ahli persatuan kebajikan yang ditubuhkan oleh jabatan agar kebajikan dapat disalurkan apabila berlaku musibah yang tidak diingini.