| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008 Jabatan Penjara Malaysia


Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang- 30 Sept. Pasukan audit MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM QAS International telah mengadakan audit pematuhan terhadap sistem kualiti Jabatan Penjara Malaysia bermula 27-30 September 2010. Pasukan audit ini terdiri daripada;

1. Puan Evely Liew Yuen Chun( Ketua Audit)
2. Tuan Haji Ali bin Borhan
3. En. Syed Faddly bin Syed Bahruddin
4. En. Zulkifli bin Hamzah

Antara institusi yang diaudit oleh pasukan ini adalah Penjara Taiping, Penjara Pengkalan Chepa, Penjara Marang, Penjara Penor, Penjara Bentong, Penjara Seremban, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Kota Kinabalu.
Hasil auditan ke atas institusi tersebut sebanyak 11 ketakakuran Minor telah dikenalpasti. Antara aspek yang diberi teguran adalah;

i. Pengendalian ubat-ubatan di klinik dalam penjara
ii. Tatacara penyediaan makanan di dapur dan tempat masak penghuni
iii. Suntikan Vaksin Typhoid kepada anggota/penghuni dalam penyediaan makanan
iv. Prosedur pengiringan banduan ke mahkamah
v. Prosedur pemindahan banduan
vi. Prosedur tindakan tatatertib ke atas banduan
vii. Pengurusan senjatapi di institusi
viii. Verifikasi stok makanan kering banduan
ix. Penilaian prestasi pembekal dalam konteks servis kenderaan.
x. Buku rekod anggota yang menghadiri kursus tidak dikemaskini
xi. Pengurusan rekod dalam aspek akuan terimaan waran dari mahkamah tidak konsisten.

Semasa sesi penutupan audit Puan Evely Liew Yuen Chun berharap teguran ini diambil serius oleh jabatan dan dibuat tindakan pembetulan dengan segera. Beliau memperakukan agar pensijilan MS ISO 9001:2008 di Jabatan Penjara Malaysia diteruskan setelah menerima bukti-bukti tindakan pembetulan ke atas teguran yang telah dibuat di institusi penjara berkenaan. Terdahulu sesi pembukaan audit pada kali ini dipengerusikan oleh En Ahmad bin Mat Zain, Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran manakala sesi penutupan dipengerusikan oleh PKP Ariffin bin Mohd. Noor, Pengarah Kepenjaraan. Turut hadir Pengarah Teknologi Maklumat dan wakil-wakil bahagian.