Program Jalinan Kasih bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan ''MASIH ADA YANG SAYANG'' telah diadakan pada 28 September 2010. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada 11.00 pagi yang melibatkan seramai 7 penghuni (6 Lelaki dan 1 Wanita) mendapat sokongan yang menggalakkan daripada 35 ahli-ahli keluarga. Pada majlis tersebut setiap penghuni telah menyerahkan Kad Ucapan Hari Raya hasil rekaan mengikut kreativiti masing-masing untuk diserahkan kepada keluarga yang hadir. Majlis juga turut menyediakan jamuan ringan bersama keluarga. |