Keningau : 17 September 2010, seluruh warga Institusi SHG, Keningau melahirkan rasa gembira di atas lawatan rasmi oleh Yang Setia KPj Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi). Kunjungan beliau yang turut diiringi oleh PKK. Mohd. Sabri Bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Sabah disambut oleh Pengarah SHG Keningau PP Arzaee Bin Abdullah serta pegawai- pegawai kanan. Dalam kunjungan rasmi beliau itu juga mengingatkan para pegawai dan kakitangan agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap , terbaik dan efisyen serta meningkatkan integriti dalam menjalankan tanggungjawab dalam usaha mencapai misi dan visi menjadikan Jabatan Penjara Malaysia sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Di akhir lawatan tersebut, Yang Setia KPj Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) sempat meluangkan masa meninjau dan beramah mesra dengan kakitangan dan penghuni di institusi ini. |